Powered By Blogger

5.1.15

TUGAS2 SETIAUSAHA KOKURIKULUM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

When He went to school...

5hb Jan 2015...
Cuti persekolahan bersambung lg seminggu but not for my hero's kindergarden.. they start schooling today. And  my Harraz..he was very excited. Since last night he prepared everything. Harapan ibu semoga anak ibu mendapat keberkatan ilmu. Go..go..abg chik..

31.12.14

HaPpY BirTHdaY !!!

Waaaa..detik 12.00 tgh mlm.. welcome NEW YEAR 2015 dan sampai masanya juga umurku meningkat lagi satu angka. HAPPY BIRTHDAY to me!! I'm officially 35 years already. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupanku. Memurahkan rezeki dan memberikan aku kebahagian yg tidak terhingga. Thanks to my beloved boyfriend a.k.a my partner.. for the wishes and the presents...

Goodbye 2014

Alhamdulillah..... setahun berlalu.byk kenangan pahit dan manis yg dilalui. Kehidupan bersama suami tercinta  yg sentiasa sabar melayan kerenah. Melihat anak2 membesar adalah satu nikmat. Sesungguhnya percaturan yg DIA tentukan amat hebat. Semoga tahun baru membawa seribu kebahagiaan dan kejayaan dlm semua bidang yg aku ceburi..

20.7.14

Part 1: Shopping raya with RM888

Alhamdulillah..disaat raya menghampiri ni..rezeki kami sekeluarga dtg tanpa diundang.. nama my hubby menang hadiah consolation  utk peraduan  Sunsilk.. hadiahnya ialah RM888 cash... mmg lega sgt kepala otak ni coz duit tu mmg akan digunakan sepenuhnya utk shopping baju raya anak2 tahun ni. Kebetulan plak Citra kesayangan buat hal..huhu.. tp syukur sgt2 la sbb dr baju  Al9ng , Angah, Achik termasuk la ibu n papa.. semua dapat.. ni dah mcm dpt shopping spree je..

JOM KURUS..!!!

Alhamdulillah..perkongsian with my regular customer a.k.a my adik.. Nik Azean .. she consumed #Lechithin  n #Herbalax  sepanjang Ramadhan.. just now she called me.. before puasa..berat dia dlm 1**kg... yesterday..dia timbang n sgt2 terkejut..berat dah turun..83kg.. OMG.. Patut la adik lelaki sy yg singgah umah dia sblm ni ckp yg Ezi dah nampak lain..nampak  kecik skit.. hehe.. I'm happy for u  my sister..

18.7.14

Ramadhan 20.. Nahas MH 17

Alhamdulillah..pantas masa berlalu.. tuptup dah masuk RAMADHAN ke 20 utk tahun ni.. namun smlm...berita sedih menyelubungi seluruh rakyat Malaysia iaitu pesawat boeng 777 MH17 telah ditembak jatuh oleh pihak yg tidak bertanggungjawab . Dianggarkam seramai 35 orang rakyat Malaysia yg berasa didalam pesawat berkenaan termasuk krew penerbangan. Sesungguhnya janji  ALLAH itu pasti. KUN FA YA KUN .. kita yg masih bernyawa ini perlu la redha dan mendoakan kesejahteraan buat mereka.

#PRAY FOR MH17
#PRAY FOR MH370
#PRAY FOR GAZA