Powered By Blogger

8.2.16

EAR WAX

Ini salah faham yang paling popular di kalangan ibubapa, iaitu keperluan untuk  membersih lubang telinga anak- anak. Telinga kita secara semulajadi akan mengeluarkan "ear wax" yang tidak berbahaya dan tidak menyebabkan kita pekak.

Namun begitu tindakan suka mengorek telinga dengan cotton bud boleh menyebabkan "ear wax" ditolak lebih jauh ke dalam dan menjadi mampat. Mengorek dengan menggunakan besi pula sangat berisiko untuk mencederakan gegendang telinga yang sensitif.

Cara terbaik, biarkan saja ear wax keluar dengan sendiri dan bersihkannya apabila ia berada di luar lubang telinga.

No comments:

Post a Comment